Semalam, saudara bob menyanya sesuatu kepada aku, “cedin, hang free dak esok?”. lalu aku membalas, “free….awat?”. dia menyatakan rancangan untuk mandi manda di sungai gabai. satu rancangan yang agak menarik. saya dan rakanrakan juga sudah lama tidak mandi di air terjun neh. hari yang di tunggu telah tiba. kami bersiapsiap, membeli sosej dan juga ayam untuk dipanggang. lalu bertolak ke air terjun sungai gabai pada jam 11.30 pagi.
Saudara eppy hurley
perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit-1jam untuk sampai ke sana dari rumah kami. keadaan cuaca yang agak baik sepanjang perjalanan membolehkan kami sampai di destinasi yang dituju pada jam 12.45 tengah hari. dengan kadar bayaran RM1 bagi setiap orang, kami memasuki kawasan perkelahan tersebut. kami terpaksa menaiki anak tangga yang agak tinggi untuk sampai ke kawasan yang menarik untuk berkelah.
Saudara yusri,pandey,cipun,eju
kami menyediakan tempat untuk membakar sebelum kami mandi. menu pada hari ini, sosej n ayam bbq panggang. dicampur dengan kacang dan juga mister potato. program kali ini diturut serta oleh saudara aaaafiq durani dan juga teman wanitanya.
saudara afiq dan bob
kami makan makan segala hidangan yang kami sediakan sebelum mandi. maaf kepada saudara zaim,dol,boy dan juga mah. xsempat nak ambik gambar mereka. tengah fokus dekat ayam bbq yang lazat ini. selepas makan, kami mandi sehingga jam 4.30 petang lalu bergerak turun untuk pulang. dalam perjalanan pulang, kami singgah di carrefour ampang untuk makan nasik. lapar pulak, makan ayam dengan sosej sahaja. dalam perjalanan ke carrefour tersebut, nasib aku dengan saudara saiful agak malang. hujan mula menitis dengan agak lebat. setiap kali datang ke sungai gabai, balik mesti hujan. sekian sahaja lah coretan mandi manda @ gabai waterfall.





DD on February 7, 2010
deje.. kantoi trok neh.. hahahahha
Epyy Casper on February 13, 2010
hahaaa.. lawa btoi pic aku.. mcm azroy…
bila snap ney??? aku prasan ney… deje btoi… tekena aku…