Hari ini, tiada apa rancangan untuk dilakukan. cuma hanya ada rancangan untuk berkelah makan tengah hari. so, aku dan MyMucuk terus ke tesco ampang semalam untuk membeli 100gram udang yang bersaiz sederhana besar dan juga beras 1kg. cukup lah untuk dimakan oleh kami dua orang sahaja. menu yang di cadangkan oleh MyMucuk adalah sambal udang. sudah agak lama rasanya aku tidak memakan resepi sebegini sejak aku berada di kuala lumpur.
Pada jam 2.00 petang tadi, MyMucuk datang menjemput aku di hadapan rumah aku, lalu terus berlalu pergi ke tasik pandan perdana. cuma 5 minit perjalanan sahaja dengan menaiki kancilnya. agak lengang keadaan tasik pada tengah hari ini, maklumlah. hari bekerja.
Tasik Pandan Perdana @ Kuala Lumpur
cuma terdapat beberapa orang sahaja di sini. kami membuat keputusan untuk makan tengah hari di dalam kereta sahaja. maklumlah, tiada meja disediakan disini. tikar pun kami tak bawa. so, menjamu selera di dalam kereta sambil ditemani alunan lagu dari sinar fm.
Sambal Udang (+) Nasi Putih (+) (=) Jimat belanja!
Dengan hanya berbekalkan modal bawah RM10.00, kami dapat menikmati hidangan yang agak memenuhkan perut ini. hendak seribu daya, esok lusa farah alwani masak lagi yer. hidup di kota raya ini, hanya mampu untuk makan sekadar mengalas perut. untuk makan dengan kenyang, kena masak sendiri lah. kalau nak harap kedai makan, lepas makan 1jam, dah lapar balik.
Aku yang sedang sibuk menjamu selera
pada masa ini, MyMucuk dah menyerah kalah akibat kekenyangan. so, aku yang menjadi recycle bin untuk menghabis kan makan yang agak banyak ini. katanya “makan macam neh baru puas dari makan dekat kedai makan.”
Chef Farah Alwani
inilah chef yang memasak hidangan kami pada hari ini. thanks to MyMucuk. nanti kita makan makan lagi ok. lepas sahaja makan, dia menghantar aku pulang. nak sambung menelaah pelajaran. esok ada kuiz rangkaian komputer bab 1 hingga bab 3. pecah otak lah malam neh jawabnya.






Saya on February 3, 2010
Dap x? Hehe
cedin on February 4, 2010
dap…